Sambutan The Journey

Ulasan kritis

Rata-rata pengkritik memberi ulasan yang bercampur mengenai filem ini.[8]Hassan Abd Muthalib dari Astro Awani mengulas filem ini sebagai filem "...Yasmin Ahmad dengan sebuah belon udara panas yang besar"[9]Patryk Czekaj dari portal perfileman Twitchfilm.com pula mengatakan filem ini sebgai "...filem yang harus dinikmati dengan mata."[10]Patricia Hului dari The Borneo Post,iMyn dari portal perfileman Wayangkini.com dan Aqmar Mustaza/Hanan Mansor dari Sinar Harian memuji prop dan sinematografi filem.[11][12][13] Diyana AR dari portal kehidupan, TheVocket.com pula menyenaraikan filem ini sebagai "9 Filem Terbaik Malaysia 2014".[14]Sheril A. Bustaman dari portal perfileman Thoughtsonfilms.com pula mengatakan filem ini sebagai "...langkah permulaan untuk mengubah landskap perfileman Malaysia". Tetapi, beliau turut mengritik plot penceritaan dan lakonan pelakon utama terutamannya loghat Bee (Joanne Yew) yang tidak menggambarkan seseorang yang telah duduk lama di England.[15] June H.L Wong dari The Star memuji emosi serta sinematografi filem tetapi turut menyelar plot penceritaan dan lakonan.[16] Elizabeth Kerr dari The Hollywood Reporter pula mengkritik arahan Chiu Keng Guan sebagai "tidak kreatif" dan sinematografi Eric Yeong sebagai "bagus, tetapi bukan terbaik".[17] Yip Wai Yee dari The Straits Times mengatakan tiada chemistry antara watak utama dan adegan terakhir yang anti-klimaks.[18]Filem ini mendapat rating 8.0 per 10 dalam portal perfileman IMDb[19]

Pecah panggung

Filem ini mendapat kutipan RM2.2 juta ketika hari tayangan pertama, mencipta rekod kutipan pembukaan tertinggi filem berbahasa Cina Malaysia. Filem ini terus mendapat RM3.7 juta selepas 6 hari tayangan.[20] Menjelang hari kesebelas tayangan, filem ini menambah jumlah kutipan ke RM6.6 juta.[21] Filem yang popular melalui cara promosi mulut ke mulut berjaya menjadi filem tempatan berbahasa Cina dengan kutipan tertinggi pada 12 Februari 2014 dengan kutipan RM7.6 juta, melepasi rekod yang dicipta filem Ah Beng: Three Wishes (RM7.56 juta).[22] Menjelang 16 Februari, filem ini menakuk pada kutipan RM9.8 juta, untuk menjadi filem tempatan berbahasa Cina pertama berpotensi untuk mencecah had RM10 juta. Pangung wayang tempatan pula terpaksa menambah hari tayangan tambahan untuk memenuhi permintaan di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.[23] Pada 20 Februari, filem ini cuma kekurangan RM0.2 juta di belakang Ombak Rindu, mencapai kutipan menjadi RM10.70 juta dan menjadi filem tempatan berbahasa Cina pertama untuk mencecah had RM10 juta.

Menyedari kejayaan filem ini di Malaysia, syarikat produksi mempercepatkan tarikh tayangan di Singapura. [24] Menuju penghujung minggu keempat tayangan pada 23 Februari, The Journey secara rasmi menjadi filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman, mengumpul jumlah kutipan RM12.92 juta[25][26], memecahkan rekod yang dipegang oleh filem KL Gangster sebanyak RM11.74 juta.[27]Sepanjang tempoh tayangannya The Journey meraih sebanyak RM16.87 juta keseluruhan.[28]Pencapaian tersebut akhirnya diatasi oleh filem 2015 Polis EVO dengan kutipan sebanyak RM17.74 juta.[29]

Rujukan

WikiPedia: The Journey http://www.aiffa2015.com/aiffa-2015-nominations/ http://english.astroawani.com/news/show/the-journe... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/tayangan-... http://www.astroawani.com/news/show/psiko-pencuri-... http://www.dailyseni.com/index.php/home/news/item/... http://www.hollywoodreporter.com/review/journey-fi... http://www.imdb.com/title/tt3144678/ http://malaysianreview.com/42511/filem-journey/ http://mpfkl.com/blog/?p=39 http://www.newsarawaktribune.com/news/25317/Journe...